27 Disember 2011 - 20:30

Pengikut mazhab Syiah, Nayyar Abbas ditembak mati oleh kumpulan pengganas Sepah-e-sahabah yang berfahaman Wahabi di Karachi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Nayyar Abbas bin Ashraf Abbas, 22, ditembak mati oleh pengganas Wahabi yang melancarkan gerakan pembunuhan di kawasan Orangi Town.Korban merupakan anggota Skuad Sajjadia dan banyak berjasa menguruskan acara-acara di Imambaragh Sajjadia, Selatan Nazimabad.Pada 19 Oktober 2011, abangnya Imran Abbas, 26, turut dibunuh di Nazimad.Pembunuhan terancang terhadap pengikut mazhab Syiah di Pakistan baru-baru ini bertujuan untuk menghalang orang awam mengikuti perarakan berkabung atas kesyahidan Imam Husain (a.s).Kerajaan Pakistan sama sekali gagal menangani pertubuhan haram pengganas Sepah-e-sahabah dan Lashkar-e-Jhangvi yang melancarkan pembunuhan terhadap Syiah.